Monday, January 18, 2010

Penjodoh Bilangan (Haiwan - kucing, arnab dan lain-lain)

April 26, 2006
Selamat Tengahari semua. Lama betul dah tak mengemaskini-kan pelajaran di laman web ini. Hari ini mari kita tinjau berkenaan penjodoh bilangan untuk haiwan seperti kucing, arnab dan lain-lain lagi. Di dalam bahasa jepun mengikut jenis haiwan tersebut ada beberapa jenis penjodoh bilangan yang di guna pakai. Hari ini mari kita lihat penjodoh bilangan "hiki" yang di guna pakai untuk kucing, arnab, anjing dan juga lain-lain lagi. "hiki" adalah penjodoh bilangan yang boleh di guna pakai untuk banyak jenis haiwan.
Cara penggunaannya adalah seperti berikut
_______hiki = _______ekor
Ip-piki = Se-ekor
Ni-hiki = Dua-ekor
San-biki = Tiga-ekor
Yon-hiki = Empat-ekor
Go-hiki = Lima-ekor
Rop-piki = Enam-ekor
Nana-hiki = Tujuh-ekor
Hap-piki = Lapan-ekor
Kyuu-hiki = Sembilan-ekor
Jup-piki = Sepuluh-ekor

Nan-biki = Berapa-ekor

Contoh Ayat

Watashi-wa petto-toshite ippiki-no-usagi to ni-hiki-no neko wo katteimasu
Saya memelihara se-ekor arnab dan dua-ekor kucing sebagai haiwan peliharaan

Sakki, kaeru ni-hiki wo mitsukemashita
Tadi, saya jumpa dua ekor katak

Perkataan Baru

Petto = Haiwan peliharaan
Usagi = Arnab
Neko = Kucing
Kau = Pelihara
Kaeru = Katak

Kategori : Penjodoh
* * *
Belajar Kanji
Sila tekan play untuk belajar cara menulis kanji. 1/7) San = Tiga
2/7) Ni = Dua
3/7) Ichi = Satu
4/7) Toshi = Tahun
5/7) En = Bulat/Yen
6/7) Hi = Hari/Matahari
7/7) Watashi = Saya.
��������膩��渇��膩��渇����織�渇��膩���
Sumber:
http://bahasajepun.com/
Nuffnang Ads

No comments:

Post a Comment