Tuesday, January 19, 2010

Hakikat Menjadi Hamba Allah(SWT)

Apakah Tujuan Kehidupan Didunia?


Sekalian Manusia Hanyalah dijadikan untuk menyembah Allah (swt).tetapi persoalan disini adakah kita selalu beribadah padanya setiap masa atau adakah kita selalulah mengingatinya pada setiap masa ataupun selalukah kita melakukan amalan soleh pada setiap masa maupun setiap saat,Tetapi hanyalah sebahagian dari kita sahaja yang mengambil pengajaran dan mengambil iktibar dari semua ini.Dan sepeninggalannya,entah kemana semestinya mereka sudah lalai atau terpesong dari tujuan mereka dijadikan iaitu untuk menyembah kepada Allah swt.Adakah Manusia itu patut merasa aman sedangkan ia selalu melakukan kemaksiatan.Adakah mereka merasa bahawa Allah swt telah meredhai kehidupan mereka,Tidak,sesungguhnya Allah (swt)tidak pernah meredhai sesiapa pun yang melakukan berterusan melakukan maksiat kecuali yang kembali pada jalannya dan selalu bertaubat dari dosa .
   Sesungguhnya manusia ini terpesong dari jalan yang hakikat yang telah ditetapkan atau yang telah digariskan didalam Al-Quran Dan Al-Sunnah.Bagi Mereka agama ini hanyalah satu permainan yang apabila mereka mahu bermain maka ia akan bermain dan apabila tidak mahu maka akan meninggalkannya.Ini terbukti Apabila,seorang itu berada dalam kesakitan atau pun ditimpa musibah maka segeralah mereka mengingati Allah swt.tetapi apabila mereka Senang maka mereka Akan Lupakan Allah swt.Ingatlah satu saat kelupaan bagi Allah swt adalah merupakan satu celakaan bagi kita.
    Telah banyak berlaku kemaksiatan dimuka bumi ini dan semakin hari ia semakin berleluasa.dan dengan ketelanjuran yang dilakukan oleh manusia jugalah.Allah swt telah menurunkan bala keatas mereka seperti terbaru2 yang berlaku di Haiti,Acheh, atau sebagainya.Jika kehidupan mereka penuh kemaksiatan maka ingatlah bahawa mereka tidak akan terlepas dari kemarahan Allah swt.Sesungguhnya Allah swt selalu memerhatikan pengerakan kita samaada ia tersembunyi atau terang-terangan2.
       Oleh itu,Sebelum terjadi kiamat hendaklah kita bertaubat dan kembali ke pada jalan yang sebenar yang telah ditetapkan oleh Al-quran dan Al-Sunnah.Dan bersama-sama kita laungkan takbir untuk menandakan bahawa perpaduan diantara sesama islam tidak akan pernah terputus oleh Permainan yang diadakan oleh Syaitan,Bumi dan orang2 kafir.Sekian terima kasih
-Muhammad zaffan-

No comments:

Post a Comment