Friday, January 15, 2010

Berjabat tangan atau Musafaha dengan perempuan

Berjabat tangan atau Musafaha dengan perempuan

Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang halal nikah adalah haram.

Kerana firman Allah dalam surah An-Nuur ayat 30

قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم ويحفظوا فروجهم ذلك أزكى لهم إن الله خبير بما يصنعون وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;.

Ayat ini mengharam kan lelaki dan perempuan memandag antara keduanya maka diqiaskan menyentuh  kerana menyentuh terlebih bersangatan membangkitkan sahwat dari memandang, qias ini dinamakan qias aulawi.

رُوِي عن معقل بن يسار أن رسول الله  صلى الله عليه وسلم  قال : “لأن يُطعَن في رأس أحدِكم بمِخْيَط من حديد ، خير له من أن يَمَسَّ امرأةً لا تَحِل له” ، رواه الطبراني والبيهقي

Di riwayat daripada Ma’kil bin Yasar bahawa Rasulullah bersabda “sesunguhnya ditikam pada kepala seorang kamu dengan jarum yang diperbuat dari besi terlebih baik baginya daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.

Menurut mazhab syafie menyentuh perempuan yang halal nikah adalah haram sama ada sahwat atau tidak, sama ada muda mahupun yang tua, melainkan kanak-kanak yang belum sampai had sahwat.  والله اعلم.

No comments:

Post a Comment