Friday, April 16, 2010

Kitab bersuci

Cara-cara Bersuci mengikut agama islam:-

1)Cara yang pertama hendaklah menbersihkan diri badan dari segala jenis najis

2)Hendaklah membuang segala sifat yang tercela.

3)Hendaklah menbersihkan dari segi batiniah iaitu hati dari segala kekotoran dan Dosa.

4)Yang terakhir hendaklah menbersih diri dari semua segala hal kecuali kepada Allah swt,Inilah cara Bersuci Nabi Muhammad saw dan Para Sahabat.

Kesimpulan:

Seseorang itu tidak akan mencapai cara kebersihan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw jika tidak melakukan perkara yang teratas dahulu.Ini Kerana semua perkara yang terjadi datangnya dari asas.Bukan terus daripada yang kemuncak.Kita sebagai umat islam haruslah selalu menbersihkan diri kita daripada najis dan daripada dosa.Sesungguhnya berungtunglah bagi sesiapa sahaja yang yang menyucikan diri mereka daripa segala hal kecuali dari Allah saw.Ingatlah kita sebagai hamba Allah saw yang hidup didunia hanyalah mahu keredhaan bukannya harta,money,permainan dan apa2 sahaja.Takpi yang asasnya kita mahu akan keredhaan Allah swt dan yang kemuncaknya kita ingin untuk mejadi kekasihnya.Kerana Dia lah Maha Agung,Maha Pengasih,Maha penyayang,dan tidak ada pun satu sifat yang tercela baginya.

Segala puji Bagi Allah swt,kerana masih menberi kita peluang untuk hidup.Tetapi kita sedar bahawa adakah pahala kita Naik Atau Menurun dan begitu juga dengan dosa kita.kedua2 itu diibaratkan sebagai saham kita untuk diakhirat kelak.Jika beruntung pada saham pahala kita akan masuk dalam Syurga Allah saw dan jika UNTUNG dan Saham dosa maka kita akan masuk kedalam neraka.Ya Allah lindungilah ku daripadanya.

Sesungguh Allah saw itu sangat menyayangi kita cuma kita menyendari kerana kita tidak pernah ada perasaan untuk bersyukur.Diantaranya saya dapat menulis artikel ini hanya dengan keizinan Allah swt.Bukan disebabkan oleh saya kuat atau pun saya ada Komputer atau pun ada internet.Kerana tidak mustahil jika saya dapat menulis artikel ini tanpa menggunakan dengan komputer dan internet.Kerana Allah swt itu maha Kuasa dan tidak ada mustahil baginya.Dan kita juga tidak boleh lupa siapa yang menberi pakaian pada kita?makanan pada kita?sahabat bagi kita?ibu bapa kita?dan juga Agama Islam??,siapakah yang baginya dan menberikan kurniaan semua itu kecuali Allah swt yang maha Pemurah lagi maha Penyayang

Hidup didunia ini hanyalah sekejap,Bukannya lama kerana kematian kita siapa yang tahu??tidak seorang pun yang tahu kecuali Allah swt.Jadi apa yang menghalang kita daripada beribadah padanya?.pernah kita terfikir adakah kita tergolongan dari ahli syurga sedangkan kita banyak melakukan dosa.Macam ini sahaja cuba anda kira-kira apakah amalan yang anda lakukan pada hari ini banyak pahala atau banyak melakukan dosa.

Wahai Insani,Sedarlah jika kita mengikhlas segala perbuatan kita kepada Allah swt,Insyaallah kita semua akan memasuki ke dalam syurganya yang penuh dengan nikmat dan keamanan.

Peace... 

Friday, April 9, 2010

Kemanisan Iman


3 Tanda Kemanisan Iman

Kemanisan Iman
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)
Berdasarkan hadis ini, ada tiga sifat yang jika ada pada seseorang maka orang itu akan berasakan manisnya iman. Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.
Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata, “Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata: “Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon, seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24)
Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan, cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan, daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin, dan buahnya adalah tingkatan Ihsan dalam kerja-kerja amal yang dilakukan yang dirasai di sebaliknya pemerhatian Allah .
Manisnya buah pula amat dirasai ketika buah sudah cukup tua bersedia untuk dinikmati.
Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita. Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan dan ilmu.
Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman. Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan, tetapi wajib dimantapkan dalam hati, dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati. Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas, dan ikhlas pula adalah hadian dianugerahi pada hamba yang bersih hatinya.
Mengikut Ibrahim al-Khawas , proses pembersihan hati berlaku melalui langkah-langkah berikut :
- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
- Qiyamullail .
- banyak beristighfar .
- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih.
- Kurangkan makan .
Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki siapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman.
dalam sebuah hadith yang sahih Saidina Umar al-Faruq pernah berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.” Maka Nabi SAW menjawab, “Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka Umar menjawab, “Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).”
Al-Syaikahani meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”
menurut Dr Aish al-Qarniy dalam kitabnya Rahmatan Lil Alamin, antara cara mencintai Nabi SAW:
- Beriman bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, yang diutus kepada seluruh umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan khabar gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan pembawa cahaya kebenaran.
- Menjalankan perintah Baginda dan menjauhi larangannya.
- Memperjuangkan sunnahnya, mengamalkan dan menyebarkan
- Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW.
- Mencintai sahabat dan kaum kerabat Baginda dan membela mereka.
- Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Baginda
Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh.
Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran kecintaan kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal salih.Tanda mencintai seseorang muslim juga ialah menolongnya pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita.
Selain itu kita juga hendaklah mendoakan buat saudara kita tanpa pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya, tidak berkelakuan sombong kepadanya.

Microsoft Office Professional Plus 2010+key *NEW*Genuine*



Download the 32-bit (x86) version:

English (default): 

German: 

French: 

Spanish: